Sekadar Renungan...

Usah dipersoal "Mengapa" dan "Kenapa",lantaran kita tidak mampu mengubah realiti, Bukankah takdir akan sentiasa mengatasi tadbir? Tunduk dan akurlah pada takdir dengan mengatur sebaik-baik tadbir"

Sunday, May 8, 2011

MONOLOG DI HARI JADI...

"kita akan temui semula sesuatu yang hilang ditempat kita kehilangannya.sering kali kegagalan memberi kita peluang untuk bermula dengan lebih baik"

Entah mengapa, dihari lahir kali ini hatiku sayu sekali, ucapan tahniah tidak dapat mengusir segala kesepian yang menjengah. hati terpasung oleh kata-kata yang pernah diucapkan oleh Sayyidina Ali:

" Manusia semua tidur, bila mati baru mereka jaga"

katakata itu menusuk ke lubuk hati, merobek robek sisa-sia kegembiraan yang masih bersisa. Apakah aku masih tidur? AHH..tidur yang sangat panjang kalau begitu. Teringat pula kata Imam Gahazali"

"Ada manusia yang sedang ketawa ria, sedangkan kain kafannya sedang dirobek-robekkan"

YA, ari ini ari ulang tahun ku. sudah hampir separuh abad aku bernaung di bawah langitMU , Ya ALLAH.. belum pun aku terasa mejadi ihambaMU yang sebenar. Masih berpura-pura , alangkah alpa dan berdosanya aku. Apakah sisa umurku masih panjang? atau hanya seketika lagi? Aku tidak pasti.

Ketika ramai teman mengucapkan selamat panjang umur,hakikatnya umurku semakin pendek. BUkankah tarikh mai setiap insan telah ditetapkan. di hari ini. esok danlusa aku menapak lagi.. semakin hampir pada kematian yang dijanjikan. Duhai , tertipunya aku ketika menerima ucapan selamat hari jadi..selamat pulakah hari matiku??

Aku belum bersedia untuk bertemu MU , ya ALLAH ,walaupun aku tahu, siapalah aku untuk menyatakan tidak dan tunggu. Ya ALLAH segala kekuatan hanya padaMU.. jua.. KAU yang Maha tahu apa yang terbaik buatku. Aku merayu padaMU ya Allah..pada tarikh ini aku megemis keampunanMU..dengan tangan yang berdosa, dengan hati yang tercela. Jika tidak mengenangkan yang ENGKAU MAHA PENGAMPUN. aku tidak akan datang YA ALLAH rasa mau dan hina untuk meminta..apa kah aku diterima?

Ya ALLAH,
pada hari ini , ku pinta leraikan lah segala kekusutan di fikiranku. Mohon dijinakkan nafsu liarku. Tenangkan lah gelojak hati ini , wahai yang MAHA ADIL,kutiplah aku untuk menumpang sekalipn di pinggiran rahmatMU..walau sering aku lupa, namun aku sentiasa mendamba.

Entah mengapa, gelombang rasa ini sering datang dan pergi. gelombang mujahadah ini tidak pernah tenang. Jangankan mutmainnah, malah ammarah pula yangs ering melanda, kekadang aku sendiri bertanya, aku kah ini? Terasa diri ini bersalin dua. tida dan ...Ya ALLAH..jauhkanlah aku daripada topeng munafik yang menipu daya ini.

Aku bukan lah Hanzalah yang mencurigai dirinya munafik walau taqwanya melimpah. Bukan jga Umar al-khattab yang tega memukul diri walaupun sedikit berdosa. Pun bukan seumpama Rabatul adawiyah yang sentias berkata "SESUNGGUHNYA ISTIGHFARKU MENMERLUKAN SATU ISTIGHFAR

Aku juga tidak mampu menangis kerasa dosa . hatiku keras amat. ku cuba menangis dengan berasa kesal. tapi gaga mengapa aku tidak mahu menangis kerana gagal menangis? YA ALLAH.. kerasya hatiku ini.. mohon lembutkanlah ..YA RABBI..atau mohonku diberi hati yang lain.. Hati yang ada ini bagaikan sudah mati YA ALLAH..

Aku kembara telah jauh. Namun kolam hatiku kian keruh. Beban tambah berat, diriku kian penat.Urusan kian payah.Jiwa semakin gundah , Jesteru, mudah-mudahan dihari lahirku ini aku akan dilahirkan semula. Lahir sebagai insan yang snetiasa mengingati MU...yang mampu hidup antara kekangan takut dan lingkungan harap. Takut kalau kalau di murkai. Harap minta minta di ampuni.

Buat sahabat, Teman dan kenalan.. Terima kasih diatas ingatan kalian. Pada yang jauh , Maafkanku kerana gagal mendekat. Pada yang hampir, Maaf kerana tidak pandai membelai. Akhirnya ,terima lah secebis kataini (mungkin inipun masih dari trowong jiwaku yang gelap gelita)

kata pujangga.
"Kita akan temui semula sesuatu yag kita hilang ditempat yang kita kehilangannya..dan suatu pengakhiran kekadang membawa kita kepada suatu permulaan yang lebih baikTerigat aku kata berharga..

( Dalam kehidupan ini,, kerap kali yang kita lihat sebagai satu pengakhiran , rupa-rupanya adalah satu permulaan yang baru)

Mudah-mudahan ini adalah satu permulaan yan baru. amin ya robbal a'laminn

Yakinlah sesuatu yang ditakdirkan berlaku, pasti berlaku. Belajarlah melepaskan usah dicalarkan iman dengan istilah "jika dan "kalau", Innalilah, redha dan pasrahkah dengan istirja' Walau ditangan dan dibawah mata sendiri, andai ditakdirkan hansur, terlepas dan musnah. pasti puan juga.Paling penting, bersangka baiklah ..ALLAH akan menyelamatkan , ALLAH akan memberikan ketenangan dan keamanan. Pahit jadi ubat. manis jadi Madu...tetap menjadi ubat.

Kita didunia umpama layang lauang di lagit takdir. Kita trbang tinggi, rendah jauh, dekat hanya di lembayung iradah -NYA. kita aka terbang selagi ada angin dibekalkan..selagi kertas tidak koyak. selagi ranka masih teguh .Tapi apabila tali sudah ditarik. turunlah dengan redha. kita tidak berhak untuk terus "terbang" sekiranya maut menjemput pulang..

Petikan
Dimana DIA dihatiku
Pahrol MOhd Juoi


Friday, April 29, 2011

Walau malu tetap meminta syurga


Aku dah lama tak menaip disini..rasanya masih takde buah fikiran yang nak dikongsikan memandangkan kesibukan diakhir akhir ni.tapi suka lah aku nak kongsi disini..satu tajuk dalam buku yang paling aku suka nak baca..tulisan PAHRO MOHD JUOI..dah bapa kali aku bca ni.tapi tak pernah nak jemu,,,

*******
***********

"Takutkan neraka menyebabkan kita tidak malu meminta syurga tapi mengapakan tidak malu berbuat dosa?"

Entah mengapa pada malam itu, taman itu lapang sekali. tiada kesibukan ,kurang pergerakan. Semua tetamu seakan berteleku kaku dalam zikir dan fikir. Seseketika bunyi dengus nafas dihela perlahan bersama rintihan. Ada suara esakan tangis, namun perlahan cuma. Bunyi rintihan yang tertahan bersama alunan bacaan al-quran bagai melodi yang sungguh mengasyikkan.

Aku masuk ke taman itu bagai sandera yang pasrah. Ku bawa hatiku yang rawan, fikiran yang kelelahan dan nafsu yang masih liar. Aku tidak mahu dan mampu berpura-pura lagi. Inilah diriku wahai ILLAHI.. tidak unya kesucian, tidak memiliki keindahan yang dapt aku persembahkan. Inilah diriku yang penuh cela dan noda. Tanpa dapat berselindung, KAU Maha Tahu Segalanya.

Mengapa takdirnya aku kesini? ke daerah suci dibawah bayu syurga. terasa dingin, nyaman dan tenang. Bukan kerana kebaikanku. tetapi kerana kasih sayangMU.. yang membac aku disini. KAU izinkan kaki dan hati yang berdosa ini singgah seketika bagi menatap jalur-jalur cahaya dalam relung diri yang gelap gelita.

Benar kataMU... seperti yang ku dengar sejak dulu, keampunanMU sentiasa mendahului murkaMU.. ku cecah dahi di hamparan hijau itu. seakan kutuang segala kabut dan serabut fikrah yang kusut. Kunafikan licik dan strategik segala yang eprnah berdetik diminda ini. Fikrah inilah mencipta dosa demi dosa.

Sesah akal ini YA ALLAH..palu akal ini ya RAHMAN. dengan belantan inzar dan tazkirah-MU..TUHAN..kembalikanlah biduk akalku ke pengkalan takdirMU..Fikrah sudah letih belayar tanpa arah.

Sujud dan rukuk aku disana.Menelanjangi segala aib dan dosa. Tanpa aku mengadu, KAU pun tahu. Namun , itu lah wadah tanda menyerah, aku "ABDULLAH" aku hamba ALLAH yang pasrah ..Aku kalah.

Cintaku sekelumit cuma. hampir tiada.Saat ini aku hanya berbekal harapan. Bneteng terakhirku hanya rasa tidak berputus asa. Kata kekasih-kekasih MU selalu memujukku. Kejahatan yang menyebabkan enkau menagis ,Lebih baik dariapda kebaikan yang menimbulkan rasa takbur.

Dalam rasa malu, takut dan harap, masih aku memberanikan diri untuk meminta lagi, Lalu dimalam itu. di Raudhah itu ku catatkan gugusan permintaan. satu demi satu melalui puisi hati.Kubiarkan pena menari, mencari makna dan kata hanya berpandukan rasa. Malam itu walaupun malu, aku tetap MEMINTA SYURGA pendahulu bicara hanya ini:

Ya Latif,
Berikan aku hati lain
Yakni hati yang lebih yakin
Hati yang Lunak
Agar mampu MencintaiMU

Malam itu adalah malam yang paling panjang dalam sejarah hidupku. Dapat ku luahkan segala dan semua. seakan tercabut tulang yang mengait dalam sanubaru sekalian lama. Namun , tiba jua saat berpisah, aku terpaksa melangkah . Pamitan pun berlaku dan gamitan pun berlalu. Sayu benar terasa ketika hatiku terus merayu:

Aku dambakan kebaikan
Yang melahirkan kebaikan
aku pohon ketenangan
yang memberikan ketenangan

Pinggirkan segala sengete
hampirkan semua cinta
tanpa dendam
tanpa prasangka

Jika benar yang kau di Raudhah itu..
Hanya ALLAH.....

dipetik dari...
Pahrol Mohd Juoi
"Dimana DIA dihatiku"

Monday, April 25, 2011

"Memaafkan orang lain bererti memaafkan diri sendiri, hidup terlalu singkat untuk membenci, sucikanlah hati mencari ILLAHI"

Selagi kau tidak bahagia dengan kebahagiaan orang lain, otu petanda kau sendiri tidak bahagia. Pujuk dirimu bahagia apabila melihat "musuh-musuh" mu bahagia. walaupun pernah disakiti sekali, kalu akan disakiti berkali-kali jika terus mengenang perbuatan mereka. Dan palinng derita ,, jika kau merasakan mereka sedang membina istana kebahagiaan di atas tapak kedukaanmu.

Wahai diri,
ingatlah ..segala gerak dan laku makhlum adalah dengan izin ALLAH juga.Jika datag orang menghadiahkan air mata..ALLAH sedang mendidikmu tentang sifat "sabar". Jangan dilihat manusia sebagai "sebab", lihat dengan mata hati yang ALLAH jua menjadi "musababil asbab". Jika kau disakiti oleh dia, DIA sedang mengajarmu erti Redha.

Kita bukan malaikat untuk perus pasrah tanpa terusik oleh calar dan cakar insan. Namun, ada ketika-ketika yang sangat kritikal untuk kita bertahan dan katakan.. tidak ada keadilan yang mutlak didunia ini. Mungkin sahaja "penjahat" yag pandai bermuka-muka akan terus dijulang sebagai wira. Dan hamba sejati yang mempunyai "hati emas" akan terus dihenyak sebagai tawanan dipenjara hiba dan cela.

Bahagialah dengan kebahagiaan orag lain. Terimalah hakikat kita bukan TUHAN yang mencatur rezeki dan nikmat untuk hamba-hambaNYA. Jangan kau tanyakan mengapa dia dilebihkan , aku dikurangkan ? Mengapa dia yang licik dengan gelecek segala stratgik dimenangkan sedang aku yang ebrsenjatakan kebenaran dan kesederhanaan selalu dikalahkan?

Disini tidak lama, disana jua tempat berehat segala penat. Keyakinan terhadap hari akhirat akan menyebabkan kita kuat menghadapi tpuan dunia. Keimanan kepada TUHAN akan menimbulkan rasa sabar menghadapi keerenah insan.

Belajarlah daripada nabi Yahya dan Zakaria yang digergaji mati tanpa dapat melihat bunga-bunga kemenangan. Belajarlah daripada Sumayyah dan Yasir yang terbunuh tanpa sempat melihat daulah Islamiah dan empayar Islam berkembang.

Mereka tidak dapat kemenangan... tetapi mereka tidak hilang ketenangan.!!!!

wahai diriku, mereka (salafussoleh itu) menjadi "besar" kerana menghadapi ujian yang besar. Mereka mempertaruhkan nyawa. Padahal aku,kamu dah kita terlalu kecil justeru yang dipertaruhkan cuma "HARGA DIRI" .Terasa diri ditipu, dipersenda dan diperkotak-katikkan serta tidak dihargai.

Sedarilah , yang tercabar bukan harga dirimu tetapi keegoaanmu! Harga diri itu milik kita selamanya. Tidak akan luput dan dapt dicabut oleh orang lain .

"Usah gelisah jika kita dihargai. TAPI gelisahlah apabila kita tidak MENGHARGAI"

dimata siapa? Dimata diri sendiri, Namun ego itu lah yang selalu menuntut pengiktarafan dan sanjungan.

Hati yang ego bertuhankan maddiah (material dan fizikal). Apabila iblis berbicara tentang ketinggian api berbanding tanah sebagai asal-usul kejadian dan ukur tara kemuliaan.. dia memberontak . Berasa adam dilebihkan . iblis tidak berbahagia dengan "Kebahagiaan" Adam. Akibat marah, cemburu, derita dan kecewa lalu dibujuknya datuk dan nenek kita (Nabi Adam dan Siti Hawa) dengan strategi dan rencana untuk maksud yang satu " Biar hilang kebahagiaan manusia. Agar bertempat bersamanya di neraka derita selamanya"

Wahai Diri,
Beringatlah akan tipuan syaitan pabila kau tidak bahagia dengan kebahagiaan orang lain. Itulah rasa yang sangat berbahaya. Itu lah pintu rasukan syaitan bila kau sendiri mendakap kejahatan warisannnya sejak lama.

Wahai diriku...
Mulakanlah langkah mencari bahagia dengan merasakan bahagia melihat kebahagiaan oroang lain. Langkah pertama itu ialah MEMBERI MAAF. Namun , terlalu sukar daripadanya memberi maaf. Masih terasa tusukan rasa bagaikan sebuah dendam yang membara. Masih terngiang-ngiang segala kata nista.

Masih terbayang segala tingak laku dan perlakuan. wajah "orang bersalah" itu terasa begitu menjengkilkan. Memberi Maaf kepada mereka seolah olah menggadaikan harga diri. AHHH... apakah maruah ini terlalu murah untuuk disorong tarik dengan harga yang rendah? Dan cukup sakit, bila mengenangkan "musuh-musuh" itu trsenyum dengan kemenangan.

Namun.....
itu hanya bisik hati besarku.. yang melantunkan suara ego dan marah. Kesat dan kesumat. Tetap ijauh dari dalam diri ...ada suara lain yang bergetar.."HATI KECIL" yang tidak jemu -jemu mengingatkan . Suara tulus yang meredakan amukan rasa.

MAAFKAN, LUPAKAN, CINTAKAN , SAYANGKAN...
(Berperang dengan mereka bererti berperang dengan diri sendiri)

Pada sebuah persimpangan rasa, tiba-tiba hati disapa oleh sebuah firman:

"Tatkala kejahatan dengan sebuah kebaikan, nescaya engkau akan dapati musuhmu akan menjadi seolah-olah saudara" (surah fussilat :34)

Wahai diri,
api jangan dilawan dengan api. Nanti bakarannya akan membakar diri sendiri. Menyimpan dendam sama seperti membina sebuah gunung berapi didalam hati. Semakin besar dendam itu, maka semakin sakit hati yang menanggungnya. Musuh-musuhmu terus ketawa, sedangkan kau sendiri menderita mengeuk bisa.

Musim-musim berlalu sewajarnya mendewasakan ku. Pengalaman lampau sentiasa membuktikan bahawa pemusuhan hanya akan memberi kepuasan sementara. Apabila "fatamorgana" itu berlaku, aku akan menjadi lebih dahaga daripada sebelumnya. Apakah akan ku terjah perangkap itu berkali -kali ? OH TIDAK!! mukin tidak akan rerperosok dalam lubang yang sama dua kali. begitulah maksud sebuah sabda. Justeru? cukup sekali!!

Biarlah musuh itu ketawa sepuas-puasnya. Beban rasa ini biarlah aku lepaskan. Tidak akan ku bawa dalam safar kehidupan yang pendek itu. "HIDUP TERLALU SINGKAT UNTUK MEMBENCI" Bermusush dengan orang lain sama seperti bermusuh dengan diri sendiri. Memaafkan orang lain, bererti memaafkan diri sendiri.

Kata bijak pandai.." Apa yang kita berkan akan kita terima kembali"

Betapa leganya sekarang!!! Benarah bahawa kebaikan itu tampak sukar dilaksanakan..Pahit , Sakit. Tetapi apabila dilaksanakan , akan terasakemanisannya. Manakala kejahatan itu tampak mudah, indah dan manis. Namun apabila dilakukan, pasti ada kekesalan, kepahitan dan keresahan.

Ketika ini terasa benar apa yang selalu didengar dlam tazkirah - yang punya tabsyr dan nzar. bahawa dosa itu sesuatu yang meresahkan. Dendam itu dosa. Memaafkan itu pahala. Memaafkan menjemput datangnya "syurga" yang fana. sebelum syurga yang baqa.

Kini....
hatiku tertanya-tanya lagi.. siapa aku..begitu sukar memaafkan. TUAN? TUHAN? aku hanya Hamba. Sedangkan DIA pencipta itu Maha Pemaaf. Maha Pengampun, siapa aku yang kerdil ini untuk terus berdendam. sengaja atau tanpa sengaja, sering atau kekadang.. aku terlanjur menumpang hak-MU...

Lalu....
dalam detuk yang syahdu ini aku menyeru. Marilah sama-sama kita lalui...Jambatan Hati.

Saturday, April 9, 2011

Cerita yang jarang-jarang kita dengar...


Seharian hari ini menghadap blog kegemaran aku..Genta-rasa.com tulisan Ustaz Pahrol Juoi..rasa aku nak kongsi kat sini.. cerita nukilan beliau dalam buku paling aku suka nak baca "NOTA HATI SEORANG LELAKI" yang mana buku ni sangat2 memberi kesan dalam hidup aku dan family aku. Aku tak nak cakap byk..yg paling penting korang baca entri ni dulu..."Cerita yang jarang jarang kita dengar"

"Entahlah apa yang selalu bermain dalam fikiran ayah. Apabila saya ingin pulang kembali ke kota, dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak....

" Ada duit? Minta ayah sedikit.."

Saya masih ingat lagi... waktu itu, kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah, isteri dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidak banyak meragam.

"Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak ada duit." Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukar ditembak reaksinya.

Monday, August 30, 2010

Ku damba maghfirahMU..

Salam ramadan...
Rasanya dah terlalu lama mendiamkan diri semenjak melibatkan diri dalam alam kerjaya...alam pengajian berubah ke alam kerjaya..terasa terlalu pantas masa berlalu.berlalu dan terus berlalu..mungkinkah dimanfaatkan masa yang berlalu..mgkin semua yang berlalu dipahat dihati..bkn utk dikenang..tpi untuk dijadikan simpanan bekalan buat pedoman dihari mendatang

20 ramadan.
Alhamdulillah..masih berpeluang menikmati nikmatnya ramadan..20 hari berlalu..seakan ramadan cuma datang seketika..datangnya cuma sekelip mata..tanpa aku sempat menghabiskan sisa sisa ramadan dengan amalan yang sepatutnya..terasa diri terlalu lemah..tidak mampu berjuang sehabisnya..

Kini ramadan bersisa 10 hari cuma..ingin mencuri peluang sebanyaknya..tapi ntah mengapa..hati ini seakan keras.ingin ku tangiskan segalanya..namun mengapa tangisan itu seolah2 tidak didasar hati..mengapa tangisan itu tidak seperti dulu.seakan hati ini diselaputi sesuatu yang sukar untuk diuraikan..TUHAN ku..mungkin kah ini tanda..ENGKAU tidak menerima lagi..mungkin ini tanda hati ini cukup hitam sehingga kan segalanya seolah-olah terhijab..

Seakan diri terlalu kerdil dihadapanMU..MALU bertandang..ntah dimana harus ku hadapkan..ntah dimana harus ku adukan..dimana harusku luahkan..menangisi segala yang berlaku..

MALU semakin menebal..
MALU..kerna aku tahu rintih ku cuma seketika...
bukan sekali rintihku bertamu..hari ini aku menangis
Kemudian Aku mula alpa..aku mula lupa..
Engkau yang beriku kekuatan juga kedamaian
kemudian aku merintih semula
Meminta semula dikurniakan kekuatan dan kedamaian
yang aku siakan
kata mereka..
Itu lah insan..
Tapiiiii..layakkah aku sedemikian rupa...

Ya Rahman Ya Raheem,
ENGKAU lah tempat aku mengadu..
Mustajab atau terhijab ?
ya ALLAH..hanya padaMU
ku berserah..hanya ENGKAU mengerti segalanya..

YA Robbul izzati..
Aku cuba mendekatiMU..
namun mengapa terasa seolah ENGKAU semakin jauh..
Mungkin kah aku tidak layak meraih cintaMU

Ya ALLAH..
Mungkin kah dosa itu terlalu besar tuk engkau menilainya..
Aku yakin YA ALLAH..
engkau tdak akan membiarkan aku sendiri.
Kerna engkau kaya dengan kasih sayang dan
Maghfirah MU kan terbuka untuk kami...

Tapi
Mengapa ya ALLAH..
Mengapa kadang ia tidak lahir dari hati kecil ini

YA Allah..YA Rahman..
Berilah aku peluang untuk sentiasa bersama MU..
Berilah aku peluang tuk mengisi malam mu
Memohon maghfirahMU..
Kurniakan aku waktu
Agar dapat ku merintih tangis kepada MU..
Kerna ku yakini
Engkau rindukan rintih tangisku
yang dulunya berpanjangan..
CINTA..
-Jangan kau pergi,mataku kabur mencari,hadirlah dalam hidupku-
CINTA JANGAN PERGI
-Bila langkah ku cuba untuk mengejar DIRIMU-

Friday, February 26, 2010

Dia pernah mencintamu..

Petikan dipetik dari www.saifulislam.com
Alangkah teringinnya di hatiku andai aku berpeluang bertemu dengan saudara-saudaraku,” ujar Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.Suasana hening di pinggiran perkuburan al-Baqi’. Merenung tempat semadi para mukminin yang telah pergi, dan pasti Baginda juga akan menyertai mereka, seperti kita semua.

“Bukankah kami ini juga saudara-saudaramu wahai utusan Allah?” para sahabat melontarkan soalan.
Persoalan.
Jika Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam merindukan saudara-saudaranya, apakah ada saudara yang lain selain mereka, para sahabat?
“Kalian adalah sahabatku. Ada pun saudara-saudaraku yang kumaksudkan, mereka adalah orang-orang beriman yang belum ada!” jawab Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.
Aneh.
Mencintai insan yang belum ada.
Seandainya seorang anak muda, termenung sedih di jendela angan-angan, runsing menanggung rindu kepada bakal isteri, yang orangnya belum ada… itu sudah menjadi satu kegilaan. Di luar kebiasaan. Perlukan rawatan.
Tetapi tidakkah Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam juga mengungkapkan cinta yang di luar kebiasaan itu? Kematian yang pasti, menjadikan Baginda pasti bahawa peluang untuk bertemu dengan orang-orang beriman di masa-masa mendatang itu mustahil. Tidak kiralah bagaimana rupa mereka, di mana mereka berada, bagaimana keadaannya. Cukup sekadar mengetahui bahawa mereka itu beriman, malah beriman tanpa pernah bertemu dengannya, sudah menyuburkan rasa cinta.