Sekadar Renungan...

Usah dipersoal "Mengapa" dan "Kenapa",lantaran kita tidak mampu mengubah realiti, Bukankah takdir akan sentiasa mengatasi tadbir? Tunduk dan akurlah pada takdir dengan mengatur sebaik-baik tadbir"

Wednesday, April 1, 2009

ku Mohon..




Tolong beritahu si dia,cinta manusia bakal membuatnya alpa,
tolong nasihati si dia,jangan menyintaiku lebih dari menyintai yang MAHA ESA,
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati yang MAHA KUASA,
Tolong nasihati si dia,jangan mendoakan aku lebih dari dia mendaokan ibu bapanya,
Tolong katakan pada si dia,dahulukan ALLAH kerna disitu ada SYURGA,
tolong katakan pada si dia,dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya,


Tolong ingatkan si dia,aku terpikat kerana imannya bukan rupa,
Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta,
Tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerna santunnya,


Tolong tegur si dia, bila dia mula mengangungkan cinta manusia,
Tolong tegur si dia,bila dia mula tenggelam dalam angannya,
Tolong tegur si dia,andai nafsu mengawasi fikirannya,


Tolong sedarkan si dia, aku milik yang maha esa,
Tolong sedarkan si dia,aku masih milik keluarga,
Tolong sedarkan si dia,tanggungjawabnya besar kepada keluarganya,


Tolong sabarkan si dia,usah ucapkan cinta dikala cita belum terlaksana,
Tolong sabarkan si dia,andai diri ini enggan dirapati kerna menjaga batasan cinta,
Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya,


Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya,
Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya,
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang ESA menjaga dirinya,


Tolong khabarkan padanya aku tidak mahu melekakan dia,
Tolong khabarkan padanya, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya,
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaan ku,


Tolong samaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga,
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerna ALLAH tidak ternilai harganya,
Tolong sampaikan pada si dia,hubungan ini terjaga selagi dia mnjaga hubungan dengan yang MAHA KUASA,


Tolong sampaikan pada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri,

Hanya engkau ya ALLAH yang mengetahui siapa si "dia"

Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidakmengetahui siapa dan dimana si dia,
simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...





ya ALLAH bantulah hambaMU..hilang kan perasaan ini..HANYA PADAMU,,hanya ENGKAU mengetahui segalanya,,,Ya Allah..peliharalah hati ini..='("

Aku lewat atau tercepat?

Lewat salah, tercepat pun salah
Haruskah ku menunggu atau mencari?
Haruskah ku mengatur langkah atau berserah?

Aku lewat atau tercepat?
Rugikah memang masa-masaku sudah?
Memberi madu kumbang yang salah
Ataupun mungkin tiada ku bersyukur?
Kerana ada kumbang yang sudi terima?

Aku lewat atau tercepat?
Adakah ianya dugaan atau balasan?
Atau satu pelajaran demi melayari pancaroba?
Atau peringatan tentang manusia yang tercela halnya?

Aku lewat atau tercepat?
Tidak lewat tidak pula tercepat
Yang Mengetahui sedar waktunya yang tepat

Ayuhlah bertawakkal semoga tidak terlambat..