Sekadar Renungan...

Usah dipersoal "Mengapa" dan "Kenapa",lantaran kita tidak mampu mengubah realiti, Bukankah takdir akan sentiasa mengatasi tadbir? Tunduk dan akurlah pada takdir dengan mengatur sebaik-baik tadbir"

Wednesday, May 13, 2009

Buat Renungan Bersama..

Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam, Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi , bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi khuatir Adam jadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Tuhan, ia tidak dapat berbuat apa-apa, mendengar sumpah bumi. Begitulah seterusnya, Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi masih sama dan selepas itu Allah memerintahkan malaikat Israfil, tetapi malangnya jawapan bumi masih tidak berganjak, dan masing-masing kembali dengan tangan yang hampa.

Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. Kata Allah: ” Hai Izrail engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan bagaimanapun jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjakan atas perintah dan atas namaKu.

Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya barulah bumi mengizinkan akan tanahnya itu diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah dia ke hadrat Allah.Lalu Allah berfirman :”Ya Izrail, pertama engkau yang Ku-tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia.Maka khuatirlah Izrail kerana bimbang dibenci oleh umat manusia.

Lalu Allah berfirman lagi: “tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu, Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab, terbunuh,terbakar,sakit dan sebagainya.

TANAH YANG BAGAIMANA DIJADIKAN?

1.

Monday, May 11, 2009

MASUM kat ......

hurmm boring plak keja camni..nasib baik sok stat masuk office arabic department..lau tidak gile lah aku duk sorang sorang kat sini..ade seminggu free call 8pax..tak tau nak call sape..baru tadi call budak comot tu..heheh..budak comel p kedah pulak esok.ingatkan dah kena buang dari list pemain UIA..ahhaha..neway ..gud luck KIO adan..hahah..nanti lau menang aku belanja eskrim 20sen..KOMPOOOMM..tiada kompromii..!!!

-eh salah gambar lah budak grad pulak-

papun..menang kah kalah..belakang kira..neway..alfu tahani..sebab terpilih..walaupun aku tau ko hebat dia antara nda hebat,,wakakka..

to adan yg comot..

*nda payah lah ko cakap "kio kio" karas bunyi nya,,mau kasi idup tu dusun gagal..kasi idup jak atu brunei.suka lagi aku bunyi tu burung punai..brunei bah nya...wakakaka..

*napa lah men di kedah..huh tempat yng byk menyakitkan..ahhaha..kahakha..cite lameeer..=)
hidup mesti ceria..=)

alhamdulillah ARI INI AKU DALAM CERIA..=)

napa nda angkat pon..dah lah jalan 10 hari..huhu nda da lah kawan aku chatting..=(

p/s kadang kadang tanpa kita sedari air mata mengalir tanpa kita sedari tanpa sebab,mgkin sebab kite rindu kat seseorang yang kita sendiri tak tahu,mgkin juga ada sesuatu yang berlaku samada hepi atau tak hepi,atau mgkin juga sebab kite yg cari pasal mghadap laptop 24jam..padan muka aku..pedihhh..hahhaa..(tapi jan bilang aku rindu yang duuluu!!hehe)

Monolog kasih Mak Ayah..







bila dengar lagu ni..tetiba rindu mak ayah..huhu..rasa cam nak balik kg je..bile exam week aku akan pasang lagu ni bile nak study..aku akan psng selama sampai berhari2..sebab bile nak study..tem aku dah malas aku rehat jap..aku dengar lagu ni..

aku akan ingat betapa payah nya mak ayah membesarkan kami beradik dan ALHAMDULILLAH akhirnya..kami berjaya melangkah kan kaki ke sini dan amik exam tuk sem terakhir..dan alhmdulillah...akhirnya..kami berjaya menghabiskan perjuangan di bumi UIAM..ALHAMDULILLAH..padaMU ku penjatkan syukur =)

p/s tapi tak leh declare dah graduated..selagi tak dapat endorsemen dari senate..hahah..lambatnye senat nak endorse sem ni.Pas dah endorse..baru ku kuarkan pernyataan..khihkihi..

Sunday, May 10, 2009

Buat mu ibu tersayang..

بسم الله الرحمن الرحيم
Hari ini hari yang amat bermakna pada setiap manusia. Tidak mengira lelaki, perempuan, kanak-kanak, dewasa, tua mahupun muda pasti akan menyambut hari yang bermakna ini. Biarpun hari sebegini tidak pernah disambut oleh RASULULLAH SAW tidak bermakna ianya merupakan sesuatu yang sesat. Selagi ianya disambut tanpa melibatkan penyelewengan akidah mengesakan ALLAH, selagi itulah ianya dibenarkan menurut pandangan kebanyakan ulama ahli sunnah.

Oleh itu, marilah kita menyambut hari ibu pada hari ini dengan cara mengucapkan selamat hari ibu kepada insan yang bergelar ibu. Insan yang banyak berjasa dalam membesarkan kita sehingga kita menjadi diri kita saat ini. Sesungguhnya ucapan 'selamat hari ibu' kepada mereka sudah cukup menggembirakan hati mereka. Sekaligus melenyapkan segala penat lelah membesarkan kita selama ini.

Pesanan saya kepada sahabat-sahabat yang masih diberikan kesempatan merasai kasih sayang seorang yang bergelar ibu agar hargailah mereka. Gembirakanlah hati mereka ketika hayat mereka. Jadilah seorang anak yang mampu berbakti kepada ibu dan bapanya ketika di dunia lagi apatah lagi di akhirat. Selagi peluang kehidupan yang ALLAH berikan kepada mereka di dunia ini, maka manfaatkan segala waktu yang bersisa bersama mereka.


-nothing gonna change my love for u-

Renungilah susah payah mereka mengendong kita selama 9 bulan ke sana dan ke sini dengan penuh hati-hati. Seterusnya membesarkan kita sehingga menjadi insan yang berguna kepada agama dan masyarakat. Sehinggalah kita menjadi diri kita tika ini. Dengan izin ALLAH kita masih berpeluang untuk bersama mereka. Bersyukurlah di atas kesempatan yang dikurniakanNYA untuk kita membuktikan kejayaan dalam kehidupan kita kepada mereka sudah begitu menggembirakan mereka.Supaya kelak apabila mereka dipanggil mengadap ALLAH, mereka pergi dalam keadaan tenang tersenyum riang.




ketukan keyboard..

dah lama aku tak mngetuk keybord utk beleter di blog aku..yg pastinya..aku ingat nak menulis disini..tpi bile dah buka..minda aku kosong..langsung tak memberi input buat aku utk ketika itu..tpi ble aku dah sign out..idea pun dtnglah bejela2..

tapi arini ku gagahi juga,,skdar nak berkongsi cerita kehidupan..heheh..matangnya aku arini..arini..alhamdulillah umur aku dah pun 25tahun 2hari..hurmm terasa diri tua sekali..umur dah tua ni kena lah matang sikit..hihi..azam baru ni..=)



bufday tahun ni..ntah taklah terasa dinanti2..bukan tanda tidak mensyukuri nikmat hidup..cuma mgkin terasa diri terlalu tua utk memikirkan semua tu.ari ni adalah bukti aku semakin dekat dengan ari kematian..bukan tuk di gembirakan..tapi utk di jadikan peringatan buat empunya diri..

papun..KU SYUKURI NIKMATMU..memberikan aku sedikit waktu utk aku masih berdiri di bumi pencipta,utk mencari erti hidup dan kejadian kita sebagai manusia..tidak lain tidak bukan..hanyalah utk beribahdah utk MU.sebagai seorang khalifah yang engkau pertanggungjawabkan dimuka bumi ini..

"wama kholaktul jinni wal-insi illa liyaa'budun"

Terima kasih yang tidak terhingga juga.buat mak ayah tersayang..tanpa NYA juga mereka berdua..tiada lah aku..terima kasih diatas segala pengorbanan melahirkan dan membesarkan aku dengan penuh kasih sayang shingga kini alhamdulillah berkat RAHMAT DAN KASIH SAYANGNYA juga keduanya..aku mampu berdiri hingga ke hari ini..sebagai seorang 'manusia'..

p/s..bufday tahun ni..penat nak layan sms orang,papun..SYUKRAN buat semua kengkawan,,hadiah buat sendiri.bakul kertas,,mak soh buat sempena bufday sendiri,,huhu,,sakit tangan,,tapi puas hati bile siapkan sehari dgn tngan sendiri walau ptama kali masuk kelas tuisyen kak aku..ALHAMDULILLAH..ku syukuri nikmatMU..=)

Saturday, May 9, 2009

Tuhan,

Kurasa hati ini masih jauh dariMu,
Walau setiap titis rezekimu kuteguk,
Walau setiap inci tanahmu kupijak,
Namun, kasihMU seakan tiada memenuhi ruang dadaku.

Apakah kelalaianku menjadi punca?
Atau cinta dunia telah menjadi raja di hati ini?

Aku masih mencari,
Cintaku yang tidak terarah,
Jalanku yang tebal diselaputi kabus dunia,

Tuhan,
Andai masih ada ruang cintaMU padaku,
Maka penuhilah hatiku dengan cintaMU,
Agar nawaituku lurus,
Menjadi Salahuddin Al-Ayyubi dalam setiap doa-doaku kepada Palestin!
Menjadi Umar Al-Kattab dalam setiap pendirianku!
Menjadi Abdul Rahman Bin Auf dalam setiap pekerjaanku.

Tuhan,
redhaMu kugapai buat bekal perjalananku dan perjuanganku.