Sekadar Renungan...

Usah dipersoal "Mengapa" dan "Kenapa",lantaran kita tidak mampu mengubah realiti, Bukankah takdir akan sentiasa mengatasi tadbir? Tunduk dan akurlah pada takdir dengan mengatur sebaik-baik tadbir"

Friday, February 26, 2010

Dia pernah mencintamu..

Petikan dipetik dari www.saifulislam.com
Alangkah teringinnya di hatiku andai aku berpeluang bertemu dengan saudara-saudaraku,” ujar Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.Suasana hening di pinggiran perkuburan al-Baqi’. Merenung tempat semadi para mukminin yang telah pergi, dan pasti Baginda juga akan menyertai mereka, seperti kita semua.

“Bukankah kami ini juga saudara-saudaramu wahai utusan Allah?” para sahabat melontarkan soalan.
Persoalan.
Jika Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam merindukan saudara-saudaranya, apakah ada saudara yang lain selain mereka, para sahabat?
“Kalian adalah sahabatku. Ada pun saudara-saudaraku yang kumaksudkan, mereka adalah orang-orang beriman yang belum ada!” jawab Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.
Aneh.
Mencintai insan yang belum ada.
Seandainya seorang anak muda, termenung sedih di jendela angan-angan, runsing menanggung rindu kepada bakal isteri, yang orangnya belum ada… itu sudah menjadi satu kegilaan. Di luar kebiasaan. Perlukan rawatan.
Tetapi tidakkah Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam juga mengungkapkan cinta yang di luar kebiasaan itu? Kematian yang pasti, menjadikan Baginda pasti bahawa peluang untuk bertemu dengan orang-orang beriman di masa-masa mendatang itu mustahil. Tidak kiralah bagaimana rupa mereka, di mana mereka berada, bagaimana keadaannya. Cukup sekadar mengetahui bahawa mereka itu beriman, malah beriman tanpa pernah bertemu dengannya, sudah menyuburkan rasa cinta.

Erti kedatangan 12 Rabi'Al-awwal ..

Sumber dipetik dari http://www.saifulislam.com/
Sejurus selepas kewafatan Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam, Abu Bakr mengajak Umar, “ayuh, mari kita ke rumah Ummu Ayman”.Selepas disampaikan berita kewafatan Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam, Ummu Ayman menangis dengan tangisan yang berat.

“Apakah yang ibu tanggung dalam tangisanmu wahai Ummu Ayman? Apakah tidak ibu ketahui bahawa apa yang ada di sisi Allah itu adalah jauh lebih baik buat Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam?” Abu Bakr dan Umar cuba mencungkil beban hati Ummu Ayman.

Lantas beliau berkata, Sesungguhnya aku, demi Allah, mengetahui akan benar katamu, bahawa apa yang ada di sisi Allah adalah lebih baik buat Rasul-Nya. Tangisanku bukanlah kerana itu wahai Abu Bakr dan Umar. Akan tetapi… aku menangis dan hiba dengan berita yang kalian bawa, kerana sesungguhnya WAHYU TELAH TERPUTUS DARI LANGIT… buat selama-lamanya…

Wednesday, February 24, 2010

Alhamdulillah

بسم الله الرحمن الرحيم
{وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ} [إبراهيم :7
"Dan tatkala Tuhanmu memberitahu "Demi sesunggunya! jika kamu bersyukur nescaya akan ku tambahkan nikmatku kepada kamu,dan demi sesungguhnya!jika kamu kufur ingkar maka sesungguhnya azabku amatlah pedih"
Syukur itu hanya layak buatMU..memberikan ku peluang..kembali berbakti menyebarkan ilmu MU yang teramat luas..ALHAMDULILLAH..sujud syukur ku buat MU ya ILahi memberikan ku rezeki untuk ku juga keluarga tersayang..semoga rezeki ini dapat mendidikku juga membawaku lebih mendekatiMU..Benarlah
ALLAH sengaja melambatkan rezeki kita,supaya bila akhirnya rezeki itu diperolehi..kita akan lebih tahu untuk bersyukur.
Kalau bukan kerana semalam kami diuji..diuji dengan kepayahan,kesakitan juga penantian ..mana kan terasa nikmat syukur dan bahagia di akhirnya...
"Terima kasih buat mak dan ayah..Din,Ana,Aina,Rina,kak Yun,dan adik-adik juga kawan kawan di kejauhan seberang lautan,atas doa dan harapan juga sokongan yang tidak putus putus untuk kami semua..salam sayang buat kalian semua..
Click Me~Click Me~Click Me~
Alhamdulillah..2 minggu lepas..aku dan kakak aku lulus exam SPA,dan 2 hari lepas aku lulus temuduga GSTT Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) sbg calon simpanan dan valid sehingga hjg thun.
Insyallah ada kekosongan akan di panggil..(walaupun calon simpanan tapi aku bsesyukur sangat..sebab aku rasa kan aku tak layak memandangkan semua soalan interview aku tak dapat jawab..seperti yang aku katakan dalam post aku sebelum ni) majority dapat calon simpanan,,mybe 200 kekosongan tu dorang dah amik budak UPSI tau education takpe mereka lebih layak dari kami,dahulukan yang lebih afdhal tu lebih baik..
Click MeClick Me~Click Me
24 feb 2010..
ALLAHAMDULILLAH..padaMU ku rafakkan syukur..sekali lagi aku berjaya dalam interview baru2 ni bagi mengisi kekosongan GSTT tuk subjek Pendidikan Islam..tapi kali ni aku tidak lagi di Sekolah lama..aku dapat sekolah dekat pedalaman sikit..dekat Sekolah Anjung Teduh Skim Felda Sahabat 2. lahad datu..lebih kurang sejam lebih dari rumah aku..nun jauh dalam ladang kelapa sawit..aku tak kisah semua tu.dalam kelapa sawit ke..dalam kebun koko ke..dalam kebun kubis pun aku tak kisah..apa yang pasti,,ku yakini
PASTI ADA HIKMAHNYAClick Me
ALLAH tidak sembarang meletakkan aku di sesuatu tempat..
Click MeTUHAN ADA JANJINYA..
walaupun GSTT ni just 6 bulan..aku tak kisah..yang penting pengalaman
lebih baik bersyukur dari tersungkur..akhirnya..
tiada lafaz yang mampu ku ucapkan tika ini..melainkan..ALHAMDULILLAH..
(ups...means Kursus GEMS di sarawak terpaksa di batalkan)
-Renungan buat kita yang alpa-
فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوا لِي وَلَا تَكْفُرُونِ} [البقرة: 152]
"Ingatlah kepadaku.nescaya aku akanmengingati kamu dan bersyukur lah dan janganlah kamu kufur"
-Iktibar Kehidupan-
"kalau memandang bintang dilangit,jangan lupa rumput di bawah"

Salam syukur dari akuClick Me


Friday, February 19, 2010

Seketika ku Terkesan...

Aku baru je lawat laman web saiful islam..ALHAMDULILAH..setiap ari artikel yang terlalu banyak pengajaran buat aku..dan aku terpaku dengaan kata kata ni..

"Wahai anak, kamu mungkin lebih bijak daripada kami, tetapi kamu tidak mungkin dapat mengatasi kasih seorang ibu dan bapa. Kamu hanya mampu mengasihi kami selepas kamu bijak, tetapi kami mengasihi kamu sebelum kamu lahir!"

Masa ni..aku tetiba teringat mak bapa aku..walupun sebenarnya mak bapa aku cuma sebelah bilik ngan aku..ALHAMDULILLAH aku ditakdirkan kembali semula ke kampung selepas menghabiskan pelajaran di salah sebuah institusi.
Ayat ni buat aku berfikir..kasih nya ibu dan bapa..tak siapa tahu..kadang2 kita rasa mak dan ayah tak sayang kita..tapiii..sesekali kita terlihat kasih sayang tu terpamer bagi kita yang mahu menilai..tak perlu lah aku nak kata siapa..mgkin ayat ni berbalik dengan aku sendiri..
Teringat dulu,masa aku balik kg..tiba2 aku bercerita ngan mak aku..
"sedapnya kalau dapat makan sayur keladi kan mak"
tapi masa tu aku tidak pun bermaksud teringin sangt ngan benda tu..beberapa jam ketika..aku cari mak..pelik mak p mana tetiba hilang,tak lama kemudian terdengar suara mak baru balik..rupanya mak baru balik dari amik sayur keladi.Masa ni..ALLAH je yang tahu..tak perlu lah aku nak bagitau perasaan aku masa tu..apa yang air mata aku dah bergenang masa ni..

Teringat sepengembalian nya aku disini..kadang ada sedikit rasa sedikit kekok..mgkin sb aku tidak pernah membayangkan aku akan berkerja di sni.kadang aku rasa pelik..aku tinggal di rumah.sebab selama ni aku dan kakak aku semuanya perantau sejak masuk asrama.

Tapi aku yakin..setiap apa yang berlaku..pasti ada hikmahnya.ku pujuk hati,,ku yakin pasti banyak HIKMAH nya aku disni lebih lebih lagi untk menjaga mak ngan bapa aku juga adik2 yang lain..

Friday, February 12, 2010

GSTT..SPA..

Alhamdulillah..

Bersyukur atas segala pemberianMU..memberikan aku peluang tuk menghirup udaraMU lagi..

Semalam..kawan aku khabarkan keputusan exam SPA dah kuar..dengan tidak semangatnya aku cek result aku..sebab..ntah lah..mybe aku rasa aku cam dah kurang berminat nak keja dalam bidang tu..

btw.BERSYUKUR..hanya padaMU ku panjatkan kesyukuran memberikan aku peluang..bila dah cek tu...Gembira sebab aku lulus exam tu..bila cek tarikh temuduga..ooo..temuduga belum ada tarikh lagi..mudahan ada peluang tuk study dulu..

Sejujur nya dari ati..dulu nya aku mg MINAT gila ngan post ni..sampai setiap hari aku buka laman web JAKIM.hhehe.kebetulan plak masa tu aku amik subjek "Method Of Dakwah"minat punya pasal..sampai aku saggup buat assignment "Preaching Islam in Sabah" walaupun aku sendiri..sebab semua orang berkumpulan..tapi..last2 ada juga kawan offer diri nak join aku nya assignment.

Dan alhamdulillah..minat punya pasal..bila final exam..Ku syukuri nikmatMU..bila ALLAH bagi aku peluang dapat A dalam final exam..tuk subjek ni..

Tapi..bila dah habis study..aku dapat GSTT..awal tu mg rasa nak resign..sebab rsa nak nagis bila ajar budak yang tak reti bahasa..huuuhhh..terasa CABARAN yang teramat sangat.memandangkan aku ajar budak yang kelas last ni..yang rata rata pelajar nya..terdiri dari anak2 warga asing..

Tapi...ALHAMDULILLAH...berkat kesabaran..aku tahu..sebagai seorang guru..KEIKHLASAN tu paling penting..jauhi diskriminasi..tak perlu nak bezakan anak warga asing ke anak watan..semua sama..tiada apa yang membezakan lantaran TAQWA itu lah kayu ukur di akhirat sana..

Sunday, February 7, 2010

PiCniC DePaN RuMah

Hari yang menghepikan..Click Me~
sebab malam ni malam best dari yang sebelumnya..spent masa ngan adik2 ngn kak ipar juga anak buah aku memanggang Lokan depan rumah..

hurmm..kdang2 benda yang diluar dari planning tu lebih best dari yang di rancangkan..Click Me~
pas habis sesi kak yun belajar mengaji..kami pun mula projek menghidupkan saki baki bara mask dapur kayu petang tadi..

asalnya..nak makan besa je..tiba datg resepi baru dari adik aku..LOKAN masak stim..sedap rupanya masakan adik aku ni..
Click Me~


sambil2 menunggu masak tu..kami perabis langsat yang dipetik belakang rumah..(skg ni zaman pkok langsat bebuah..alhamdulillah walaupun cuma ada 2 pkok..itu lebih baik dari takde..Alhamdulillah..ku syukuri nikmatMU..)

ingatkan picnic kami2 je..tup2 datang pulak tetamu baru tem kak ipar aku amik makann kat dapur.. sekalinya picnic kami malam tu disertai oleh 5 ekor rakyat kucing dirumah aku..ayooyoy..lu mau itut juga ka miaw..memew.

Click MeClick MeClick MeClick Me~

tapi yang tak bestnya tu..masa tengah nak makan tu..dengar lah bunyi yang pelik..heran heran..since sebulan ni,maghrib je..orang dah tak kuar rumah..kami pulak siap duk makan2 kat di luar rumah..

smua org takut,,mengikut riwayat yang sahih dan mutawatir..ada orang kg ni dah minginggal sence sebulan lalu..tapi tem dah nak dikafan kan tu..tetiba bangun balik..ade 2 ekor pulak..rupanya..hamba ALLAH tu ada pelihara saka..sejak dari aritu suka jalan keliling kg..(apapun semoga ALLAH mengampun kan dosa hamba ALLAH tu)

alamakk..dah tenagh malam ni..aku sorang je tak tido lagi..aduss..toing...Click Me~
Click Me~hurmmm..
konon..aku nak tido..sekalinya aku layan fcbuk lagi..hahahha

hurmm..apalah cita aku nikan..cam takde point..kehekhe..Click Me~
ehh..ade lah..the moral value is..jan pelihara saka..nanti tak diterima bumi..

Click Me-bila jirul mengetuk keybord-