Sekadar Renungan...

Usah dipersoal "Mengapa" dan "Kenapa",lantaran kita tidak mampu mengubah realiti, Bukankah takdir akan sentiasa mengatasi tadbir? Tunduk dan akurlah pada takdir dengan mengatur sebaik-baik tadbir"

Friday, February 19, 2010

Seketika ku Terkesan...

Aku baru je lawat laman web saiful islam..ALHAMDULILAH..setiap ari artikel yang terlalu banyak pengajaran buat aku..dan aku terpaku dengaan kata kata ni..

"Wahai anak, kamu mungkin lebih bijak daripada kami, tetapi kamu tidak mungkin dapat mengatasi kasih seorang ibu dan bapa. Kamu hanya mampu mengasihi kami selepas kamu bijak, tetapi kami mengasihi kamu sebelum kamu lahir!"

Masa ni..aku tetiba teringat mak bapa aku..walupun sebenarnya mak bapa aku cuma sebelah bilik ngan aku..ALHAMDULILLAH aku ditakdirkan kembali semula ke kampung selepas menghabiskan pelajaran di salah sebuah institusi.
Ayat ni buat aku berfikir..kasih nya ibu dan bapa..tak siapa tahu..kadang2 kita rasa mak dan ayah tak sayang kita..tapiii..sesekali kita terlihat kasih sayang tu terpamer bagi kita yang mahu menilai..tak perlu lah aku nak kata siapa..mgkin ayat ni berbalik dengan aku sendiri..
Teringat dulu,masa aku balik kg..tiba2 aku bercerita ngan mak aku..
"sedapnya kalau dapat makan sayur keladi kan mak"
tapi masa tu aku tidak pun bermaksud teringin sangt ngan benda tu..beberapa jam ketika..aku cari mak..pelik mak p mana tetiba hilang,tak lama kemudian terdengar suara mak baru balik..rupanya mak baru balik dari amik sayur keladi.Masa ni..ALLAH je yang tahu..tak perlu lah aku nak bagitau perasaan aku masa tu..apa yang air mata aku dah bergenang masa ni..

Teringat sepengembalian nya aku disini..kadang ada sedikit rasa sedikit kekok..mgkin sb aku tidak pernah membayangkan aku akan berkerja di sni.kadang aku rasa pelik..aku tinggal di rumah.sebab selama ni aku dan kakak aku semuanya perantau sejak masuk asrama.

Tapi aku yakin..setiap apa yang berlaku..pasti ada hikmahnya.ku pujuk hati,,ku yakin pasti banyak HIKMAH nya aku disni lebih lebih lagi untk menjaga mak ngan bapa aku juga adik2 yang lain..



Dan ALHAMDULILLAH..ku sedari..ku teringat..dulu pernah terbaca..bagi anak yang memandang wajah ibu bapanya..di kira satu pahala baginya..bagi anak yang bersalaman dengan ibu dan bapa nya.baginya pahala..dan seingat aku..bagi 2 orang mukmin yang bersalaman dengan ikhlas..maka akan gugurlah dosa2 itu dari celah celah jari mereka..dan seingat aku..aku pernh baca dalam buku kalau tak silap aku..tajuk dia "wahai ibu wahai ayah"
Dalam al-QURAN ada mengatakan tentang berbuat baik kepada IBU BAPA..

وعبدوا الله ولا تشركوا به شيئا وبالولدين إحسانا (سورةالنساء:36
"Dan hendaklan kamu beribadat kepada ALLAH dan janganlah kamu sekutukan DIA dengan sesuatu apapun,dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa"

Berdasarkan ayat al-quran tadi,aku nak menyentuh tentang ayat.. وبالولدين إحسانا kalau kta ingat2 ayat ni yang diulang dlam AL-quran..termasuk lah doa harian kita pas solat tu,,semuanya menggunakan perkataan (bi)..iaitu "wa bil walidaini ihsana"..

Menurut Muhammad Quraish Syihab maksud dan tujuan ALLAH menggunakan perkataan "bi" (ب) ketika menyentuh tentang bakti kepada ibu bapa,sedangkan kalau diikutkan kita boleh sahaja menggunakan perkataan "li" (ل) yang bererti "untuk" dan "ila" (إلي) yang bererti "kepada" sebagai penghubung kata
IHSAN (إحسانا).

Menurut pakar-pakar bahasa perkataan "ila" bererti "kepada" walaubagaimana pun ianya digunakan untuk sesuatu yang mempunyai "jarak" sedangkan ALLAH tidak megkhendaki adanya jarak walau sedikit pun dalam hubungan antara anak dan orang tuanya.Yang mana anak harus selalu dekat dan merasa dekat kepada ibu bapanya,

sebab tu ALLAH gunakan perkataan "bi" bererti "kepada" disebabkan peranan perkataan "bi" itu lebih tertumpu kepada maksud "ILSHAQ" (melekat) yang membuktkan kita sebagai anak sekiranya mampu adalah SEBAIKNYA.LEBIH DEKAT kepada ibu dan bapa..
Kesimpulannya,ALLAH mengalakkan kita berbuat baik kepada ibu dan bapa bahkan biarlah sentiasa dekat dengan keduanya..tapi..kalau di takdirkan juga berkerja di tempat lain..aku bardoa..semoga aku sentiasa menjadi anak yang mengingati jasa baik,jerih payahnya ibu bapa yang bersusah payah membesarkan kami.


Dan akhirnya berbalik kpd cita aku tadi..ku sedari JANJI ALLAH TU PASTI..HIKMAHNYA tersembunyi..baru aku tahu..kenapa ALLAH atur aku untuk kembali..rupanya bapa aku sakit dan luka di tangan perlu di oprate..dan tinggal di hospital hampir 3 bulan..


Masa ni..seminggu mak aku jaga bapa aku.tapi mak dah sakit..slebihnya aku kena bermastautin di hospital..nasib baik dalam bilik tu ada 2 org pesakit je..pagi2 aku bangun..terus pegi sekolah.ahhaa..hospital tu jadi rumah aku dah..balik sekolah terus p hospital..tunggu baju dri rumah tuk hari seterusnya..

Apapun.aku bersyukur.arini ak dan bapa aku dah sihat seperti biasa..yang tinggal cuma kesan parut operation di tangan bapa aku..lagi ku bersyukur bapa aku dapat menghadri majlis konvokesyen aku tahun lepas..


ALHAMDULILLAH..KU SYUKURI NIKMATMU..

No comments:

Post a Comment