Sekadar Renungan...

Usah dipersoal "Mengapa" dan "Kenapa",lantaran kita tidak mampu mengubah realiti, Bukankah takdir akan sentiasa mengatasi tadbir? Tunduk dan akurlah pada takdir dengan mengatur sebaik-baik tadbir"

Friday, February 12, 2010

GSTT..SPA..

Alhamdulillah..

Bersyukur atas segala pemberianMU..memberikan aku peluang tuk menghirup udaraMU lagi..

Semalam..kawan aku khabarkan keputusan exam SPA dah kuar..dengan tidak semangatnya aku cek result aku..sebab..ntah lah..mybe aku rasa aku cam dah kurang berminat nak keja dalam bidang tu..

btw.BERSYUKUR..hanya padaMU ku panjatkan kesyukuran memberikan aku peluang..bila dah cek tu...Gembira sebab aku lulus exam tu..bila cek tarikh temuduga..ooo..temuduga belum ada tarikh lagi..mudahan ada peluang tuk study dulu..

Sejujur nya dari ati..dulu nya aku mg MINAT gila ngan post ni..sampai setiap hari aku buka laman web JAKIM.hhehe.kebetulan plak masa tu aku amik subjek "Method Of Dakwah"minat punya pasal..sampai aku saggup buat assignment "Preaching Islam in Sabah" walaupun aku sendiri..sebab semua orang berkumpulan..tapi..last2 ada juga kawan offer diri nak join aku nya assignment.

Dan alhamdulillah..minat punya pasal..bila final exam..Ku syukuri nikmatMU..bila ALLAH bagi aku peluang dapat A dalam final exam..tuk subjek ni..

Tapi..bila dah habis study..aku dapat GSTT..awal tu mg rasa nak resign..sebab rsa nak nagis bila ajar budak yang tak reti bahasa..huuuhhh..terasa CABARAN yang teramat sangat.memandangkan aku ajar budak yang kelas last ni..yang rata rata pelajar nya..terdiri dari anak2 warga asing..

Tapi...ALHAMDULILLAH...berkat kesabaran..aku tahu..sebagai seorang guru..KEIKHLASAN tu paling penting..jauhi diskriminasi..tak perlu nak bezakan anak warga asing ke anak watan..semua sama..tiada apa yang membezakan lantaran TAQWA itu lah kayu ukur di akhirat sana..



Berkat kesedaran yang ALLAH lemparkan di ati kecil aku ni..ALHAMDULILLAH..aku mula meminati profession perguruan..masa ni aku rasa aku bukan sahaja perlu mengajar..bahkan aku perlu MENDIDIK..lebih2 lebih lagi aku mengajar subjek pendidikan islam..

Dan sekarang..aku tengah menanti..keputusan GSTT..tuk Sekolah Agama Bantuan Kerajaan..kalau kat sabah ni..just ada 2 sekolah..

1)SMU Islamiah Tawau

2)SMU Irsyadiah Marakau Ranau

Tapi..KPM dah kata dah..tempat posting tak semestinya di sabah..mybe juga semenanjung..hurmm..apapun..aku tak tau lah..rasa tak berharap sangat..memandangkan ni lah inteview aku yang paling teruk..silap aku juga lah..tak peduli isu semasa..awalnya..panel soh aku pekenalkan diri..dlm bahasa arab..pastu bila tnya isu semasa..huhuh..komdem plak aku kat situ.huhuh..papun..sebagai manusia biasa..aku mg mengharapkan mudahan rezeki aku disni..Tapi..bila aku ingat balik masa interiew tu..aku rasa peluang dah takde..aku redho dengan ketetapanNYA..

Interview seterusnya..

tuk post yang aku baru lulus exam ni..walaupun aku rsa dah tak minat ngan post ni..aku rasa aku perlu tukar balik mind setting aku..sebab yang aku sedar selama ni..aku selalu menggunakan alasan..

"aku takut busy sangat..takut nanti husband ngan anak aku nda makan atau makan sendiri'

takut nanti bila dah busy..aku tak dapat urus rumahtangga..(hahahha..wlupun aku tak tau bila masanya..)tapi bila aku ingat balik..aku pernah terbaca,,dan teringat masa aku study dlu..

Allah telah berfirman:

أموالكم وأولادكم فتنة والله عنده أجر عظيم:

"sesungguhnya harta benda dan anak anak kamu itu hanyalah menjadi ujian,dan disisi ALLAH jualah pahala yang besar"(15: التغابن)

Masa ni..baru lah aku sedar..masa ni lah ALLAH uji kita..kalau diikutkan..tak semestinya bila busy..kita gagal membentuk sebuah keluarga bahagia yang di dilindungi dibawah naunganNYA..tak semstinya bila dah busy kita gagal melahirkan Ulul Al-bab penyeri keluarga bahagia dunia dan akhirat berteraskan islam..

Buktinya..aku tertarik nak crita pasal keluarga adik Muhammad Ahmad Zahid yang jadi bilal azan tuk TV9 tu,merupakan pemenang kategori bacaan terbaik d Dubai International Holy Quran Award (DIHQA) 1429H (Sept'08) yang mana adik Zahid mampu menghafaz AL-quran ketika berumur 10 tahun..kalau tak silap imam syafie pun hafaz quran masa umur 10 tahun..sedangkan ayah adik Zahid berkerja sebagai Penasihat Undang-Undang di KLCC Property,dan ibunya merupakan seorang Pegawai pergigian di klinik Cahaya Suria Kuala Lumpur..walapun kedua nya berpangkat tinggi dan busy dengan timbunan tanggungjawab yang dipikul di tempat kerja..tapi aku kagum dengan keluarga ni..keduanya berjaya melahirkan Ulul Al-bab..

Apapun..semua tu impian kita..tak semua nasib manusia sama..kita hanya manusia akhir zaman yang bercita cita tuk menjadi isteri dan suami yang solehah juga bercita cita membentuk keturunan yang soleh..apa yang penting usaha..(kata wonder pet)apa yang penting kerjasama..

kita merancang ALLAH yang menentukan..andai nya harapan kita tak kesampaian..dan ALLAH berikan yang sebaliknya dari apa yang di harapakan..anggap itu UJIAN yang ALLAH berikan tuk kita ..moga dengan ujian itu membawa kita lebih mendekatiNYA..

"Kadang kala musibah yang bertandang menunjukkan kerinduan ALLAH tuk mendengar rintih tangis kita yang dulunya berpanjangan"

aik...(tekejut aku seketika) awat au dah p bab keluarga bahagia ni..hahaha..dahhh aku dah kakta dah..bila aku dah mula mengetuk keybord ni..kompomm melalut..dari SPA..ke GSTT..dari GSTT ke peg.ehwal islam..ke keluarga bahagdia pulak..hahhah.

Ok lah..dah panjang aku menulis ni..apapun..berbalik ke interview nanti..doakan aku..dimanapun rezeki ku..aku Redho dengan ketentuanNYA..apa yang pasti semua tu ada hikmahnya..sebab tu ALLAH atur camtu..

Kali ni aku nak buat yang terbaik..aku tak nak jadi cam interview GSTT SABK sebelum ni..semua soalan isu semasa aku tak dapat jawab..buat malu aku je,,mg tak up to date langsung aku ni..ketinggalan zaman..berita pun tak tgok..pas ari tu..berita nasional dah jadi channel favourite aku..hahhah

Apapun..rezeki tu..ALLAH yang tentukan..sptmana dalam hadith nabi..mg dari dalam rahim lagi..Allah dah tentukan rezeki kita masing masing...aku lupa pulak hadith tu..nanti lau aku jumpa aku paste kat sni balik..kalau takde rezeki..

Aku pasrah..

"Tatkala aku mengetahui bahawa rezeki ku TIDAK AKAN SEKALI-KALI diambil oleh sesiapa pun..maka Tenanglah Hatiku"

wassalam..dari aku..


>Click Me-bila jirul mengetuk keybord-

No comments:

Post a Comment