Sekadar Renungan...

Usah dipersoal "Mengapa" dan "Kenapa",lantaran kita tidak mampu mengubah realiti, Bukankah takdir akan sentiasa mengatasi tadbir? Tunduk dan akurlah pada takdir dengan mengatur sebaik-baik tadbir"

Friday, April 29, 2011

Walau malu tetap meminta syurga


Aku dah lama tak menaip disini..rasanya masih takde buah fikiran yang nak dikongsikan memandangkan kesibukan diakhir akhir ni.tapi suka lah aku nak kongsi disini..satu tajuk dalam buku yang paling aku suka nak baca..tulisan PAHRO MOHD JUOI..dah bapa kali aku bca ni.tapi tak pernah nak jemu,,,

*******
***********

"Takutkan neraka menyebabkan kita tidak malu meminta syurga tapi mengapakan tidak malu berbuat dosa?"

Entah mengapa pada malam itu, taman itu lapang sekali. tiada kesibukan ,kurang pergerakan. Semua tetamu seakan berteleku kaku dalam zikir dan fikir. Seseketika bunyi dengus nafas dihela perlahan bersama rintihan. Ada suara esakan tangis, namun perlahan cuma. Bunyi rintihan yang tertahan bersama alunan bacaan al-quran bagai melodi yang sungguh mengasyikkan.

Aku masuk ke taman itu bagai sandera yang pasrah. Ku bawa hatiku yang rawan, fikiran yang kelelahan dan nafsu yang masih liar. Aku tidak mahu dan mampu berpura-pura lagi. Inilah diriku wahai ILLAHI.. tidak unya kesucian, tidak memiliki keindahan yang dapt aku persembahkan. Inilah diriku yang penuh cela dan noda. Tanpa dapat berselindung, KAU Maha Tahu Segalanya.

Mengapa takdirnya aku kesini? ke daerah suci dibawah bayu syurga. terasa dingin, nyaman dan tenang. Bukan kerana kebaikanku. tetapi kerana kasih sayangMU.. yang membac aku disini. KAU izinkan kaki dan hati yang berdosa ini singgah seketika bagi menatap jalur-jalur cahaya dalam relung diri yang gelap gelita.

Benar kataMU... seperti yang ku dengar sejak dulu, keampunanMU sentiasa mendahului murkaMU.. ku cecah dahi di hamparan hijau itu. seakan kutuang segala kabut dan serabut fikrah yang kusut. Kunafikan licik dan strategik segala yang eprnah berdetik diminda ini. Fikrah inilah mencipta dosa demi dosa.

Sesah akal ini YA ALLAH..palu akal ini ya RAHMAN. dengan belantan inzar dan tazkirah-MU..TUHAN..kembalikanlah biduk akalku ke pengkalan takdirMU..Fikrah sudah letih belayar tanpa arah.

Sujud dan rukuk aku disana.Menelanjangi segala aib dan dosa. Tanpa aku mengadu, KAU pun tahu. Namun , itu lah wadah tanda menyerah, aku "ABDULLAH" aku hamba ALLAH yang pasrah ..Aku kalah.

Cintaku sekelumit cuma. hampir tiada.Saat ini aku hanya berbekal harapan. Bneteng terakhirku hanya rasa tidak berputus asa. Kata kekasih-kekasih MU selalu memujukku. Kejahatan yang menyebabkan enkau menagis ,Lebih baik dariapda kebaikan yang menimbulkan rasa takbur.

Dalam rasa malu, takut dan harap, masih aku memberanikan diri untuk meminta lagi, Lalu dimalam itu. di Raudhah itu ku catatkan gugusan permintaan. satu demi satu melalui puisi hati.Kubiarkan pena menari, mencari makna dan kata hanya berpandukan rasa. Malam itu walaupun malu, aku tetap MEMINTA SYURGA pendahulu bicara hanya ini:

Ya Latif,
Berikan aku hati lain
Yakni hati yang lebih yakin
Hati yang Lunak
Agar mampu MencintaiMU

Malam itu adalah malam yang paling panjang dalam sejarah hidupku. Dapat ku luahkan segala dan semua. seakan tercabut tulang yang mengait dalam sanubaru sekalian lama. Namun , tiba jua saat berpisah, aku terpaksa melangkah . Pamitan pun berlaku dan gamitan pun berlalu. Sayu benar terasa ketika hatiku terus merayu:

Aku dambakan kebaikan
Yang melahirkan kebaikan
aku pohon ketenangan
yang memberikan ketenangan

Pinggirkan segala sengete
hampirkan semua cinta
tanpa dendam
tanpa prasangka

Jika benar yang kau di Raudhah itu..
Hanya ALLAH.....

dipetik dari...
Pahrol Mohd Juoi
"Dimana DIA dihatiku"

No comments:

Post a Comment