Sekadar Renungan...

Usah dipersoal "Mengapa" dan "Kenapa",lantaran kita tidak mampu mengubah realiti, Bukankah takdir akan sentiasa mengatasi tadbir? Tunduk dan akurlah pada takdir dengan mengatur sebaik-baik tadbir"

Saturday, April 9, 2011

Cerita yang jarang-jarang kita dengar...


Seharian hari ini menghadap blog kegemaran aku..Genta-rasa.com tulisan Ustaz Pahrol Juoi..rasa aku nak kongsi kat sini.. cerita nukilan beliau dalam buku paling aku suka nak baca "NOTA HATI SEORANG LELAKI" yang mana buku ni sangat2 memberi kesan dalam hidup aku dan family aku. Aku tak nak cakap byk..yg paling penting korang baca entri ni dulu..."Cerita yang jarang jarang kita dengar"

"Entahlah apa yang selalu bermain dalam fikiran ayah. Apabila saya ingin pulang kembali ke kota, dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak....

" Ada duit? Minta ayah sedikit.."

Saya masih ingat lagi... waktu itu, kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah, isteri dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidak banyak meragam.

"Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak ada duit." Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukar ditembak reaksinya.


" Bagilah beberapa yang ada," cadang emak pendek.

"Takkan 5 ringgit?"

Emak mengganguk.

Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh dibeli dengan wang 5 ringgit....Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapan ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.

Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan pulang ke kota.Dalam kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa yang bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih 'untung' 5 ringgit. Geli hati mengenangkannya.

Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke kampung, saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah akan selalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan permintaannya dan tetap tersenyum apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba. Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam memahami hati suaminya (ayah).

Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan setiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat di sebalik perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada', tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau disampaikannya.

Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan. Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas beberapa tahun, saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri.

"Nanti, besarlah kereta kamu ini...." ujur ayah senyum.

Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung. Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.

"Eh tak payahlah ayah..." sekarang saya mula berani bersuara.

Ekonomi keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak ingin saya merasa segan, duit diberi melalui anak.

"Kenapa, dah kaya?" usik ayah.

Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi saya kebas. Dan, dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke kocek anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.

Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!

Di samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah membeli MPV untuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading. Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun walau macam mana sibuk sekalipun, saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya, ayah tetap memberi wang kepada anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya.

Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami, tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu!

" Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka bukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya. Memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan pulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud; Keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa."

Ya, inilah sebenarnya rahsia 'perniagaan' yang jarang-jarang diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam mana-mana buku perniagaan.

Masih punya ibubapa?

MEMBERILAH KEPADA MEREKA.

Tidak ada?

Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda.

Tidak ada juga?

Memberilah kepada sesiapa sahaja. Kita sentiasa berfikir untuk memberi. Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi! Hidup bukan sekadar memberi atau menerima, tapi lebih dari itu ialah, ikatan kasih sayang yang akan menjadi pembuka jalan di akhirat sana.

"Tiba-tiba rasa sedih..baru sekejap tadi dapat tahu sesuatu tentang sakit bapa aku yang bapa aku rahsiakan selama ni..saat ini aku merasakan aku perlu berada dirumah..tak sabar nak balik...rinduuuuu ngan bapa ngan mama..sayang sangat sangaaaaaaat yang tak terhinggaaaa dengan mak dan bapaaaa...huhuhuh..teringat masa bapa di wad duluuuu....huhuhuh..

-gambar masa bapa 3 bulan di wad -

Tuhanku...

Hanya padaMU tempat kami mengadu..kurniakan lah kesihatan untuk kedua ibu bapaku...berikanlah mereka kekuatan menempuh kehidupan..

YA ALLAH.

Hnya padaMU kmi mharap..tiada lain selain MU tmpat ku sandarkan harapan..berikan ketabahan untuk ibu bapa ku..

YA ILLAHI...

Berikan aku ketabahan menanti masa tuk aku kembali ke pangkuan mereka...untuk berbakti kepada mereka...walaupun ku tahu bakti kami kepada mereka takkan sama seperti bakti dan pengorbanan mereka kepada kami...

YA ALLAH.

.Ubatlah hati ini...tenangkan hati ini..didiklah hati ini,,moga sentiasa aku menyedari tiada sesuatu yang engkau berikan melainkan ada HIKMAH disebaliknya..moga ku megerti hikmah yang engkau tentukan disebalik semua ini..

YA ALLAH...

Jadikan lah kami anak anak yang soleh dan solehah untuk kedua ibu bapa kami...ampunilah segala dosa dosa kami yang mungkin terkdang menghiris hati ibu bapa kami.

YA ROBBUL IZZATI..

Syukur ku diatas musibah ini..engkau jadikan kami insan terpilih untuk menikamati HIKMAH MU disebalik musibahMU..moga dengan musibah yang engkau kurniakan untuk kami membawa seribu erti untuk kami sebagai seorang anak kepada kedua ibu bapa kami juga sebagai hambaMU..kerna redhamu terletak pada redhanya kedua ibu bapa kami.. ALLAHU AKHBAR..engkau lah yang mengerti di sebalik HIKMAH MUSIBAHMU ini..........

"waiza maridhtu fahua yasfeen" (surah as-syuara'-ayat80)

"Dan apabila aku sakit,maka DIA lah yang menyembuhkan aku"

No comments:

Post a Comment